Through The Day




Langkah kakinya semakin laju menghampiri tapak menunggu bas untuk pergi kuliah. Risau takut ditinggal oleh bas yang akan bergerak pada pukul 3:45 pm dan kelas dia akan bermula pada pukul 4:00 pm. Earphone disumbat ke dalam telinga kirinya supaya telinga kanannya dapat mendengar jika ada panggilan bas untuk pergi ke kelas.

Through The Night dipasang, telinganya mendengar tapi jiwanya tidak memahami maksud lagu tersebut. Semakin hari, dadanya terasa sesak dengan semua perkara. Belajar perkara baru, cuba untuk sesuaikan diri dengan 'alam' baru yang dahulu, dia takut untuk hadapi.

Buku Introductory Circuit Analysis di sebelahnya dipandang kosong. Susah dan malas untuk dia belajar. Rumit, complicated, tak faham tentang segalanya-galanya buku yang setebal 1248 muka surat itu.


Trisya, sempat lagi kalau nak tukar course ni..


Kadang-kadang bersendirian itu lebih baik. Bukan dia tidak ramah dengan coursemates yang baru 2 bulan dia kenal tapi, segalanya baru. Dia selalu makan bersama-sama dengan coursemates dan pulang ke kolej kediaman dengan mereka. Namun, semakin dewasa, hatinya menjerit untuk bersendirian, memaksa otaknya untuk fikir semua perkara dalam satu masa.

Kau bukan duduk kat sini setahun tapi 4 tahun. Kau dah sedia nak hadapi situasi yang akan datang mungkin buat kau jatuh tak terbangun?


Fear of  failure. Dia semakin takut menghadapi kegagalan. Kegagalan yang mungkin mengecewakan hati ibu bapa dia dahulu, yang dia pernah menangis bercerita kepada pihak kaunselor di universiti lamanya. Over-stressed tapi tak sampai tahap Depression. Pihak kaunselor tersebut cuba memberikan semangat baru kepada dia untuk terus bangkit melawan kegagalan dan ketakutan yang ada dalam diri dia.


Pernah suatu ketika dulu, dia terfikir tentang perasaan untuk terjun dari balkoni kolej kediamannya dari aras 4 namun cepat-cepat iman-nya memujuk untuk mengingati Sang Pencipta. Dia juga teringat akan peristiwa kegagalan yang keduanya sehingga dia menangis dalam pelukan ibunya. Rasa bersalah kerana tak mampu berikan yang terbaik namun pelukan dan kata-kata seorang yang mengenalinya dari kecil, membuatkan dia tekad untuk berusaha lagi.


People do not live in your life and they don't feel the sadness as much as we feel.

Teringat kata-kata rakan baiknya, "You define your own life. Tiasa istilah di mana orang tiada 'life'. Kata-kata yang terlalu dalam sehingga boleh tafsir ke macam-macam perkara dan mungkin dia paham, dengan meletakkan Allah di hati sebagai nombor satu dalam apa jua keadaan, hidup tidak akan huru hara.


Dan kata-kata itu juga benar kerana kita juga memainkan peranan untuk mencorakkan kehidupan kita dengan perkara baik dan juga boleh jadi untuk memilih sebaliknya. Dan dia dua pilihan, sama ada untuk terus membiarkan kegagalan dahulu untuk terus menarik dia ke belakang untuk jatuh ke jurang yang mengerikan...

atau melawan ketakutan yang ada dalam dirinya, yang mungkin semakin kuat tetapi..

Mak selalu doakan terbaik untuk anak-anak mak semua.
Allah tak sekejam itu untuk biarkan kau terus gagal setelah semua usaha kau dah buat.

Reflect diri pasal kegagalan bukan useless thought,Trisya tapi sebagai 'benchmark' untuk kau fix salah kau yang dulu dan do it etter in future!

Gagal bukan satu kesilapan besar sampai kau nak marah dan benci diri kau. Don't compare yourself with others because you have your own abilities to do well.

Don't look so much at negative things that happened in your life. Don't blame yourself for too long but never forget what happened.


Trisya tersenyum. Dia lupa yang dia bukan berjalan atas muka bumi ini seorang diri. Namun, doa dari ibu bapa yang dia cintai, doa dari guru-guru, doa dari raka-rakan serta semangat dan sokongan dari mereka, mengiri langkahnya untuk bergerak ke hadapan. Dan, Dia yang Maha Mengetahui segala isi hati hamba-hambanya, sentiasa ada untuk dia dalam apa jua keadaan.

Trisya, put Him as your priority and everything will be fine.

"Bas ke Mekatronik!"

Laungan pak cik pemandu bas mengejutkan lamunannya. Jauhnya dia terfikir sehingga tak sedar yang pak cik tersebut telah panggilan yang ketiga bas untuk pergi ke fakultinya. Segera dia memikul beg galas kesayangannya dan berjalan ke aras bas yang semakin penuh dengan siswa-siswi yang lain.

"Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya," (Al-Anfal: 10)

May Allah ease everything..amiin

Comments