Anthem

[Chapter 35- m/s 312]


   "Aunty Teh dengan Uncle Husni ajak pergi dinner kat rumah dia orang, sebelum kakak balik Malaysia," Mama bagi tau waktu sarapan, hari lepas balik Agra. "Ayah bila free?"

    Dash angkat muka daripada cheese naan dan kari. Dinner dengan Lee. Okay. Silap. Susun balik ayat. Dinner dengan famili Lee?

     Ayah menghabiskan teh dalam cawan. "Malam esok pun boleh?" 
     "Nanti I call Teh." Mama angguk. Kemudian baru pandang dua anak remajanya tu. "No making other plans for tomorrow night, okay." Dia meneggakan telunjuk kananya.
   
    Serentak yang berdua mengangguk . The unspoken warning is heard, loud and clear.


Dash tekan remote controller mencari kalau ada rancangan yang boleh nak ditengok sementara tunggu semua yang lain siap. Terhenti pada Dilwale Dulhania Le Jayenge yang tengah dimainkan entah untuk berapa ribu kali oleh stesen TV. Layan aje la. Remote controller didaratkan ke atas sofa. Dia membetulkan sandar sambil membetulkan letak snood hitam bergaris merah di atas kepala.

   "Eh, kenapa tak siap lagi?" Mama berdiri di sebelah sofa. Entah bila mama turun entah, dia pun tak perasan.

     "Dah siap dah ni," Dash pandang mamanya dengan muka pelik.
     "Ni dah siap?" Tinggi kening Puan Mariah naik merenung anak gadisnya yang seorang tu.

    Angguk. Skirt bertingkat hitam dengan kemeja formal merah. Dan snood atas kepala. Cukup syarat untuk smart-casual apa. tak ke?

      "Siap apanya macam ni .....kakak...."
      "Kenapa? Kakak tak siap lagi?" Suara Encik Johari yang menuruni tangga bertanya.
      "Siap tak sudah ni namanya," Puan Mariah menggeleng kepala.

       Haikal yang menapak di belakang ayahnya hanya diam tak keluar suara. Kakak dilihatnya muka beku pandang skrin TV. 

       "Pergi naik atas, fix yourself," Mama mengarah. Dash bangun.
       "Tarik sikit keluar rambut depan tu. Bagi nampak fringe," Puan Mariah dah bercekak pinggang memandang anak gadianya yang seorang tu. 

       "Buruk benar mama tengok kepala licin macam tu," Bebelnya lagi. "You've become so frumpy and dowdy sejak duduk Malaysia lama sangat ni, kakak."

       Dah telan air liur yang terasa kesat berpasir dengan mata memandang lantai. "Kakak cari cermin," Dia menghilang panjat tangga ke arah bilik. 

     "Muka tu bagi berseri sikit. Kosong pucat mama tengok." Suara mama mengekornya naik ke atas. Haikal hanya mampu pandang kelibat Dash yang hilang dan mamanya silih berganti. Dah faham kini maksud dilema kakak.

     Kakak turun tak sampai 15 minit lepas tu. Bibir dah ada lipstik. Mata dah ada eye shadow. Leher dan tangan dah ada chuncky necklace dan bracelets. Dan rambut depan keluar dari snood di atas dahi, macam yang mama nak. Dan dengan muka beku yang tak dapat nak dibaca riak.


"Kakak." Bisik Haikal waktu dalam kereta.
"Hmm?"
"Just nak cakap... You looked nice pakai tudung dala gambar Lela tu," Tangan Haikal mendarat di tangannya. Senyum segaris dengan mata hangat. "Thanks,"


Sampai di rumah Uncle Husni, makanan dah siap terhidang atas meja. Sakan sungguh Aunty Teh dengan pembantu rumah dia masak. Tandori chicken ada, chicken tikka ada, butter chicken ada, lamb korma ada, lamb vindaloo (jenis suku-sakat kari jugak, keturunan Goa) ada, chungdi jhola (kari udang) ada, pendek kata macam orang nak buat keduri kut!


    Untuk pemanis mulut, ada mangga dengan kulfi. Kulfi ni jenis keturunan aiskrim tradisional India. Tapi rasanya lagi sedap daripada aiskrim . Lagi padat daripada aiskrim biasa dan lemak berkrimnya berganda-ganda. Diperbuat daripada susu sejat dan susu berperisa. Yang pembantu rumah Aunty Teh buat ni perisa pistasio, mangga dan ros. Diperbuat berlapis bertingkat. Oh... memang mantap lagi terbaik la.


    "Dah nak balik Malaysia?"  Dash alih pandang pada tuan punya suara yang bertanya dengan sudu kulfi masih terbenam dalam mulut. Angguk mengiakan. Hilang sekejap tumpuaanya pada The Ghost and Mrs Muir di skrin TV. Orang-orang tua minum kopi di meja makan. Budak-budak muda, melantak kulfi entah untuk pusingan ke berapa sambil layan TV. Standard la tu kira.


    "Flight bila?" Lee tanya lagi sambil menyuap kulfinya ke mulut. 
     Dash telan dairy goodness di dalam mulut "Lagi tiga hari."
    "Famili hantar sekali ke Malaysia?"
   
 "Tak." Dash geleng. "Sekolah Haikal dah buka term waktu tu," Dia menghalakan kepada ke arah Haikal di depan mereka yang dah separuh terbaring di atas lantai. Kulfi di tangannya tu rasa dah tambahan yang kelima. Habis la perut kau yang konon kata boleh buat potong timun tu! 


    "Siapa tunggu kat airport nanti?" Tak habis lagi soalan Lee.
    "Johan maybe," Dash angkat bahu sebelah. "Dia pick up then terus hantar balik rumah roommate kolej. Sebab Johan pun rumah sewa dia dekat-dekat situ,"

    "Johan buat A-level ke, IB?"
    "A-level."
     Angguk. Mereka kini sama-sama pandang skrin. Gene Tierney dan Rex Harrison tengah bertekak di skrin entah kenapa apa. Dah hilang kelam dah dari jalan cerita, sebab bersembang tadi.

    "Lepas ni bila balik sini lagi?" Lee masih memaku pandangan pada Rex Harrison di skrin. 
    "Entah," Dash angkat bahunya . Matanya juga pada Rex Harrison. "Ikut keadaan. Kalau famili balik Malaysia waktu cuti panjang , tak balik sini kut. Jumpa kat sana je,"  

     "I see," Angguk lagi . Lee mendaratkan sudu kulfinya ke dalam mangkuk di tangan. "Ada dengar my abah cakap, your abah dah nak habis term dah kat sini. Betul ke?" Dia kini pandang Dash.

     Sepatutnya . Dash angguk lambat-lambat dengan mata pada Gene Tierney tengah mengemas meja menulisnya. 

     "Kiranya kalau dia dapat surat pindah dalam setahun ni and you tak balik sini dah... kira ni last la kita jumpa," Lee meletakkan mangkuk kulfinya yang dah kosong di atas meja di tepi sofa. 

     "Dash mengalih pandang dari skrin TV ke wajah orang sebelah. "Nampak gayanya," Dia terdiam sekejap tiga saat. "Is that a good thing or a bad thing?" Lee ketawa.

    

Comments